Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Tuesday, April 20, 2010

UMNO JERAT DIRI SENDIRI

Posted by singamaraja

Ahlan Wa Sahlan

ALLAH MENYEDARKAN UMNO SUPAYA BERHATI-HATI DENGAN ISU

Apabila UMNO membawa isu Zaid Ibrahim menjadi peminum arak maka UMNO langsung tidak menjangka bahawa isu itu akan memakan diri mereka sendiri kerana kebodohan UMNO menilai akibat dari isu yang di bawa lalu UMNO beria-ia berkempen di Hulu Selangor dengan ghairahnya tanpa melihat resiko yang akan di tanggung

Di Hulu Selangor tempat di adakan pilihanraya tersebut pada peringkat awalnya Pakatan Rakyat menjadi agak panik dengan isu arak dan isu maksiat yang lain sehingga blogger PAS dan PKR menyerang balas balik lalu mereka terpinga-pinga, kemudian barulah mereka mengarahkan jangan main isu pribadi kan tetapi mereka tidak peduli mereka teruskan juga

UMNO perlu menilai ayat ini:

قال رب بما أغويتنى لأزينن لهم فى الأرض ولأغوينهم أجمعين

Maksudnya: Iblis berkata" Wahai Tuhanku ! kerana Engkau telah jadikan aku sesat, maka demi sesungguhnya aku akan perelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan sesatkan mereka semuanya
(Al Hijar 39)

Ayat yang di atas jelas bahawa syaitanlah telah menyediakan berbagai-bagai jenis maksiat untuk menyesatkan manusia dari zuriat Adam sehinggalah zuriat anak cucu Adam. Nah sekarang siapa pula yang menyediakan segala jenis maksiat di Malaysia ? Tentunya UMNO bukan ? Umno bagi lesen arak, maka orang minum arak, UMNO keluarkan lesen judi maka orang akan main judi, UMNO bagi lesen tempat tinggal buat maksiat maka orang akan buat maksiat, pendek kata semuanya BN/UMNO yang sediakan termasuklah merasmikan tempat maksiat tersebut

JADI ?

Apakah perbezaan kerja syaitan yang Allah sebut di dalam al Quran dengan kerja yang BN/UMNO buat ? Sama bukan ! Jadi UMNO adalah bapa Syaitan di Malaysia ini, dialah yang menyesatkan manusia di Malaysia ini termasuklah Zaid Ibrahim yang menjadi mangsanya (telah bertaubat)

Syaitan apabila dia hendak menyesatkan nabi Adam dan Hawa serta zuriatnya terlebih dahulu memohon kepada Allah قال أنظرنى الى يوم يبعثون (Iblis berkata: Berilah aku tempuh sehingga mereka di bangkitkan) Al A'araf 14, permohonan Iblis ini di perkenankan Tuhan dengan firmanNya قال انك من المنظرين (Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang di berikan tempuh kesatu masa tertentu) Al A'araf 15

Dengan ayat yang di atas mari kita nilai pula apa yang telah di lakukan oleh BN/UMNO, Adakah BN/UMNO memohon kepada Allah hendak keluarkan lesen arak, kilang arak, lesen judi segala jenis judi sebelum membuat kilang dan mengeluarkan berbagai jenis lesen maksiat ? Dengan menilai ayat yang di atas mana lebih jahat di antara Iblis dari keturunan Jin dengan manusia dari keturunan UMNO ? Bunyi ayat ini buruk akan tetapi ikhlas

Jika Zaid minum arak maka UMNO sediakan, jika ada orang main judi maka UMNO sediakan, jika ada orang buat apa juga jenis maksiat maka UMNO jugalah sediakan tempat tanpa membimbing rakyat ke jalan yang benar, sepatutnya UMNO sebagai tunjang pemerintah negara merekalah membimbing akan tetapi tidak berlaku begitu bahkan menyediakan lagi maksiat di negara ini


0 comments:

Post a Comment