Kelantan sedia mengkaji semula larangan penjualan tiket loterinya bersandarkan tafsiran penasihat undang-undang negeri mengenai isu itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, lapor TV Selangor.
Keputusan berimbang
Mengulas keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu, Dr Mohd Nur pula berkata, kerajaan negeri Kelantan membuat keputusan yang berimbang untuk memenuhi tuntutan agama Islam dan keperluan penganut lain di negara ini.
"Nampaknya kenyataan itu adalah keputusan yang berimbangan dan tidak mendatangkan masalah kepada orang bukan Islam," katanya.
Dalam kenyataan media yang dibacakan oleh setiausaha akhbarnya, Nik Aziz turut melahirkan rasa kesal terhadap kerajaan persekutuan kerana masih menghalalkan perjudian secara terbuka yang memberi kesan buruk kepada rakyat Islam dan bukan Islam.
Bagaimanapun jelas beliau, kerajaan negeri mengambil pendirian terbuka terhadap sebarang cadangan dan saranan bersabit larangan penjualan tiket loteri di premis tidak belesen
Dasar haramkan judi Ahmad Fadhli berkata, umumnya dasar mengharamkan perjudian yang dipelopori oleh kerajaan negeri Kelantan tidak berubah sejak dilaksanakan lebih 20 tahun lalu.
"Cuma yang menjadi masalah ialah loteri-loteri yang tidak memerlukan premis berlesen untuk dijual. Jadi kita akan serahkan pada penasihat undang-undang untuk membuat tafsiran. Kita tidak mengubah dasar (tetapi) isu ini perlu dilihat dari dari sudut undang-undang.
"Jadi soal loteri big sweep yang tidak memerlukan premis berlesen untuk dijual, Kerajaan Kelantan bersedia nak menyerahkan pada penasihat undang-undang untuk membuat kajian," katanya ketika dihubungi TV Selangor. Menurutnya, kerajaan negeri juga bersedia memberi penjelasanan sekiranya diperlukan berhubung isu itu pada bila-bila masa.
Dalam pada itu, Mustapa berkata tafsiran undang-undang adalah diperlukan untuk memastikan sebarang bentuk larangan tidak bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada.
Anthony pula berkata pihak DAP berpuas hati dengan pendirian Nik Aziz untuk merujuk isu berkenaan kepada penasihat undang-undang.
0 comments:
Post a Comment