Followers

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Thursday, April 14, 2011

Operasu Fajar

Posted by singamaraja

Kes tujuh rakyat Somalia serang ATM dipindah ke Mahkamah Tinggi

April 14, 2011

KUALA LUMPUR, 14 April — Mahkamah Majistret membenarkan kes tujuh rakyat Somalia yang menghadapi tuduhan melepaskan tembakan ke arah pasukan Angkatan Tentera Malaysia di atas MT Bunga Laurel ketika merompak kapal dagang itu di Teluk Aden, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Bernama Online melaporkan, Majistret Siti Shakirah Mohtarudin membenarkan kes itu dipindah selepas menerima permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abbas, bagaimanapun mahkamah tidak menetapkan sebarang tarikh.

Tertuduh terdiri daripada Ahmad Othman Jamal, 25; Abdil Eid Hasan, 20; Koore Mohamad Abdile, 18; Abdi Hakim Mohd Abdi, 18, dan tiga lagi tertuduh merupakan remaja lelaki bawah umur.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di atas MT Bunga Laurel, dengan niat untuk mendatangkan kematian atau kecederaan, di koordinat Latitud 20'14.73N Longitud 083'39.96 E, 250 batu nautika dari perairan Oman, antara 8.10 pagi dan 10 malam, 20 Januari lalu.

Kesemua tertuduh mengangguk faham pertuduhan itu yang didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat) yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam itu didakwa kali pertama di mahkamah yang sama pada 11 Februari lalu.

Pada hari kejadian, komando Tentera Laut Diraja Malaysia menyelamatkan kapal dagang itu daripada cengkaman lanun Somalia yang bersenjatakan raifal AK-47 dan pistol dalam misi menyelamat diberi nama “Operasi Fajar”, bersama kapal bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia, Bunga Mas 5.

0 comments:

Post a Comment