Ahlan wasahlan
Kenapa Umno BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP? Sebabnya, UMNO takut undi kaum cina menyebelahi PAS sebagaimana yang berlaku hari ini. UMNO cuba sedaya upaya untuk memecahkan kerjasama PAS dengan DAP (zaman Mahafiraun lagi), disebabkan mereka takut DAP dapat mempengaruhi kaum cina supaya menyokong PAS. UMNO lihat kemenangan mereka selama ini hanya sedikit sebanyak bergantung pada undi kaum cina dan UMNO lihat tanpa undi kaum cina, undi mereka akan terjejas. Contohnya di PRU 12 UMNO hilang sokongan kaum cina. Justeru itu lah UMNO cuba memutar belit berbagai cara untuk memecahkan DAP dan PAS. Itu adalah realitinya... Tapi UMNO lupa mereka juga tidur sebilik dengan MCA dan MIC..? Pasal apa..? Bukankah MCA itu Cina dan MIC itu India? Jawapannya, untuk kepentingan politik UMNO tersendiri. Sebab itulah UMNO takut dengan MCA, jaga hati MCA konon, apa MCA minta semuanya diberi..'lu tolong gua, gua tolong lu' jadilah UMNO kuda tunggangan MCA.. Jika MCA tidak bersama UMNO, nescaya UMNO kini, selamanya kelubang kubur..?
Baca selanjutnya di bawah ini, apa kata Nasruddin Hassan ..
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan membentangkan tiga bukti berfakta yang menunjukkan Umno menjadi kuda tunggangan parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk tidak pernah menambah kerusi Melayu sepanjang tiga penggal menguasai Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Pertama, beliau pada satu kenyataan media hari ini, berkata Umno setiap kali persempadanan semula, bertindak menambah kerusi di negeri lain yang mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan Melayu di Parlimen.
Walaupun 1,001 tohmahan dilempar dan disogok kepada rakyat khasnya orang Melayu untuk membenci dan curiga terhadap PAS, beliau membawa bukti kedua dengan berkata, Umno juga menyerahkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan, walaupun Umno ketika itu mencatat kemenangan besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding Gerakan di Pulau Pinang.
“Umno juga menyerahkan kerusi Parlimen Raub dan Kuantan kepada MCA walaupun sekian lama bertanding di kawasan berkenaan. Bukankah Umno menjadi alat dan boneka kepada pihak lain (MCA dan MIC)? Bukankah ini menunjukkan Umno menjadi alat dan kuda tunggangan dalam BN?” katanya.
Nasruddin juga kesal kerana Umno BN mengadu domba dengan mengajak orang Melayu menolak perjuangan PAS atas alasan ‘PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan Melayu Umno’.
“Kenapa Umno BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP? Bagaimana pula, UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC? Bukankah MCA itu Cina dan MIC itu India? Atau ada yang lebih Cina dari MCA dan terlebih India dari MIC? “Perangai Umno ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah Arab ‘Dia pukul aku, dia yang menangis; dia fitnah aku, dia yang mengadu’.
“Orang tua-tua pernah bisik, Umno macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda. Kata mereka, paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga,” katanya. Nasruddin turut mengajak umat Islam menghayati sejarah Rasulullah saw yang mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan bukan Islam demi mempertahan hak dan menentang kezaliman.-KeadilanDaily
0 comments:
Post a Comment